Tuesday, October 13, 2009

Pengharapan

azhar

Bismillah.

My first post in egypt. Setelah 11 hari di sini.

Mesir, Bandar yang terkenal dengan sejarahnya. Piramid. Firaun. Universiti Azhar. Matruh. Jiran kepada Palestin. Maqam Saidina Hussain. Dan bermacam-macam lagi yang belum saya terokai. Sedikit sebanyak membuka ruang kotak cara berfikir. Suatu budaya atau adat yang berbeza dengan Malaysia.

Beribu pelajar malaysia di sini. Dengan tujuan masing-masing. Mengembara. Belajar semata. Lari dari kongkongan. Mencari kebebasan. Menambah pengalaman. Dipaksa. Tiada pilihan. Mencari fikrah. Mencari pasangan. Namun yang pasti tujuan mereka menzahirkan kelakuan mereka. Sekaligus mentakrifkan mahasiswa malaysia bagi masyarakat arab. Macam-macam~

Dulu, saya membayangkan mesir ini adalah sebuah Negara yang menggunakan bahasa arab ‘fushah’ atau bahasa al-quran dan hadis sebagai bahasa perantara. Saya fikir mudahlah untuk mendalami bahasa arab dengan bahasa perantaranya yang begitu. Persepsi dulu. Hakikatnya bahasa arab ‘ammiy’ (pasar) adalah bahasa pengantara mereka. Hingga kadang ada yang tidak tahu langsung berbahasa arab ‘fushah’ (baku). Sedih. Mungkinkah gara-gara penjajah?

Tapi itulah cabarannya, saya tidak mahu pulang ke Malaysia tanpa penguasaan bahasa arab. Sangat rugi rasanya. Walaupun keadaan kelas yang dha’if, kehadiran kelas yang tidak dinilai dalam pemarkahan peperiksaan. Kesukaran untuk berbahasa fushah. Kehidupan yang mencabar. Bergaul dengan arab mesir yang terkenal dengan kekasarannya, terkenal dengan keegoannya. Keadaanya yang agak kurang bersistem.

Tapi itulah cabarannya. Mujahadah yang kuat. Yang tidak terdapat di tempat lain rasanya. Moga saya mampu untuk gagahkan diri. Insyallah.

Ini hanya gambaran awal saya secara zahir setelah 11 hari di sini. Insyallah mungkin banyak lagi mutiara-mutiara yang tidak dijumpai lagi. Moga kehidupan 4 tahun saya di sini penuh dengan ibrah dan didikan.

Hayyu Saabi’, Imarah KL

13/10/2009

Misriyyin

Masyarakatnya.

Kehidupan di sini sememangnya satu cabaran. Suatu Negara yang masih dalam keadaan darurat. Dengan keadaan politiknya yang tidak stabil. Ditambah dengan kehidupan masyarakatnya yang hidup dalam ketakutan dan kesusahan. Takut untuk bersuara kerana kerajaan kuku besinya. Susah untuk hidup kerana tekanan perbelanjaan hidup yang dihadapi.

Semua ini seolah-olah sengaja dicaturkan untuk menghalang masyaratnya dari bangkit. Menghalang dari bangun untuk mempertahankan hak asasi masing-masing. Menghalang dari berfikir selain daripada cara untuk hidup.

Kami ditekan hinggakan kami seolah-olah tidak mampu untuk bernafas” kata seorang mahasiswa Kuliah Usuluddin Al-azhar tahun 2 dari mesir.

Tapi Sunnatullah, atau satu peraturan alam membuktikan. Semakin kuat tekanan yang dihadapi semakin kuatlah potensi daya untuk melawan. Walaupun dalam keadaan tekanan teruk yang dihadapi, masih ada golongan yang berjuang untuk merperjuangkan yang hak. Dan mereka terus berjuang sehingga sekarang. Tekanan itu mematangkan. Tekanan itu mendidik. Tekanan itu mengukuhkan. Insyallah. Moga mereka dan kita dirahmati. Ameen.

Gambaran setelah 11 hari di mesir.

“Allahumma arina al-haqqa haqqa wa ar-zuqna at-tibaah”

“Wa arina al-baatila baatil wa ar-zuqna aj-tinabah”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...