Sunday, June 12, 2011

Ilmu Mengurus

Mencuba tulisan genre akademik~

Dalam tradisi keilmuan islam, wujud dua bentuk ilmu yang sangat diutamakan dan berjaya menghasilkan kegemilangan tamadun. Iaitu ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem. Seperti manusia, Allah menciptakannya bersama-sama dengan pancaindera, sekaligus kita mempunyai nafsu, hati dan rasa. Untuk menguruskannya tidaklah mudah, memerlukan kepada ilmu mengurus diri yang unik yang mampu membentuk sikap, tabiat, cara berfikir dan juga tingkah laku. Ilmu mengurus diri sangat mengaitkan kita dengan Allah S.W.T dan kita dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Begitu juga dengan segala rahmat Allah yang melimpah ruah untuk manfaat makhluk. seperti air, tanah,minyak, gas, uranium, emas, berlian dan lain-lain. Semua itu adalah amanah Allah S.W.T. kepada kita, manusia. Oleh itu, manusia memerlukan suatu ilmu untuk menguruskan rahmat Allah ini dengan amanah dan bermanfaat kepada manusia lain. Di sinilah pentingnya ilmu mengurus sistem seperti sains, teknologi, ekonomi, perakaunan, astronomi dan lain-lain. Tanpanya kita akan ketinggalan dari merasai segala rahmat Allah di muka bumi.

HASIL INTEGRASI

Bukti sejarah menunjukkan bagaimana umat islam terdahulu mampu memberi keutamaan kepada ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem dalam membangun tamadun contoh.

Ilmuwan seperti Ibn Sina dan Al-Khawarizmi umpamanya hafaz al-quran sewaktu umur tujuh dan sepuluh tahun. Kemudian mendalami ilmu tafsir, feqah dan bahasa-bahasa utama dunia. Ilmu mengurus diri dijadikan prasyarat berilmu di kalangan mereka. Selepas itu mereka belajar ilmu logik, falsafah, astrofizik sains, perubatan dan lain-lain untuk memiliki kepakaran dalam ilmu mengurus sistem.


Hal yang sama juga dilakukan oleh Al-Battani, Ibn Haitam, Al-Biruni dan ramai lagi. Ibn Nafis umpamanya, seorang yang pakar dalam bidang lughah dan syariah, juga pada masa yang sama pakar dan tersohor dalam ilmu darah (blood circulation).

Mereka menekuni pada awalnya ilmu mengurus diri supaya mereka mampu menghubungkan diri dengan Allah S.W.T. Mendalami Al-Quran untuk mendapat sumber petunjuk. Tanpa asas yang kukuh ini mana mungkin manusia dapat mengurus sistem dengan baik kerana pengurusan sistem tentunya memerlukan prinsip yang jelas, pedoman yang terbaik, iman yang kental, amanah yang tinggi dan keadilan yang terlihat samada dalam percakapan atau amalan.


"Hasil Tulisan Ibn Sina dalam Kitab Al-Qanun fi al-Tibb."

Integrasi Ilmu mengurus diri dan sistem terbukti memberikan asas bagaimana perubahan yang sifatnya holistik boleh berjalan dengan baik. Inilah akhirnya yang menghasilkan tamadun besar yang mewujudkan Baitul Hikmah dan Andalusia yang bertahan selama 700 tahun dan menjadi rujukan orang-orang Barat dan Timur.

Terkandung di dalamnya tamdun unggul dari hampir semua bidang ilmu pengetahuan baik ilmu mengurus diri seperti akidah, feqah, syariah, lughah apalagi ilmu bintang, angkasa lepas, perubatan, sains pemikiran, psikologi dan lain-lain yang termasuk dalam kategori ilmu mengurus sistem.

FAKTOR MUNDUR

Hari ini ternyata antara faktor yang menyebabkan umat islam mundur dan tidak mampu lagi menawarkan cara hidupnya sebagai sumber ikutan orang lain adalah berpunca dari wujudnya ilmu yang berpecah dua antara ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem.

Akibatnya umat islam terletak dalam dua orientasi ilmu yang tidak sekata, iaitu pendidikan pondok, pesantren dan madrasah yang menumpukan pengukuhan ilmu mengurus diri dalam skop yang tebatas. Dalam masa yang sama sebahagian umat yang lain terdedah dalam orientasi ilmu mengurus sistem yang tidak menghubngkan ilmu mengurus diri sebagai faktornya.

Dan akhirnya mewujudkan dualisme yang menampilkan konflik antara sekularisme dan agama. Faktor ini berlaku pada hampir semua dunia islam dalam konteks pendidikan khususnya yang pernah dijajah oleh kuasa Barat.

KONKLUSI

Alhamdulillah, lebih setengah abad yang lalu timbul kesedaran umat islam untuk kembali melakukan reformasi supaya faktor integrasi ini menjadi agenda penting. Ini sangat penting supaya lahir sumber tenaga manusia yang menguasai dua bidang ilmu secara integratif supaya corak kemajuan dan pembangunan berjalan atas acuan yang rabbani dan manusiawi.

Olahan Semula dari Artikel:

Prof Dr. Sidek Baba

###########

moga-moga hasil integrasi ini memberi kesan kepada dunia.

Terutama kepada Sek dibawah kelolaan MGB (Majlis Guru Besar) dan sek yang menawarkan integrasi ini.

good luck. Cerahkan masa depan.

Friday, June 10, 2011

Dasar Kita

Sejahtera,

alhamdulillah setelah menjayakan Rapat Umum di Stadium Malawati Shah Alam, Aman Palestin dengan kerjasama Pembina berjaya juga menjayakan Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis di Putra World Trade Centre (PWTC).

Program berunsur ilmiah ini sangat menarik minat belia di malaysia, lebih dari 3000 orang hadir ke konvensyen tersebut, pengisian yang penuh dengan fakta-fakta sejarah dan ‘mengejutkan’. Agak kecewa kerana tidak dapat sepenuhnya mendengar konvensyen tersebut kerana tugas yang tidak dapat dielakkan (maaf thaaqib kerana tidak boleh update pengisian selengkapnya). Tapi saya sempat curi dengar syarahan daripada Dr Azzam. Kebanyakkan idea beliau sangat mengasyikkan pendengar.Bagi mendapat laporan yang lengkap, sila lawat web pembina.com.my

~Seterusnya untuk jurnal saya~

Input-input dari Dr Azzam sangat ‘mengejutkan’, beliau menyatakan sebenarnya zionis ini adalah satu agenda atau satu ideologi oleh orang yahudi-murtad. Ahli zionis ini terdiri daripada yahudi-zionis, christian-zionis, serta tidak terkecuali muslim-zionis (beliau turut menyatakan siapa contoh muslim-zionis).

Tetapi antara semua murtaddin ini, beliau menyatakan christian-zionis adalah majoriti bagi ahli agenda ini.Iaitu majoritinya adalah pemimpin negara eropah. Amerika, Britain, dll.

Hakikatnya zionis kuat bukan kerana hebatnya yahudi mengawal kuasa dunia eropah, tetapi kerana memang tekad pemimpin eropah yang christian-zionis untuk menjayakan agenda mereka. Iaitu beragendakan untuk menyumbatkan yahudi ke palestin supaya datangnya messiah dari langit untuk menghancurkan semula yahudi tersebut dan memenangkan mereka. Jadi sebab itulah pemimpin eropah menyalurkan sumbangan semaksima mungkin kepada yahudi. ~point of view Dr Azzam~. Tekad perjuangkan agenda mereka., yang memungkinkan mereka kelihatan kuat sementara.

ini yang pertama. Seterusnya.


Kemudian point kedua yang sempat saya rakamkan ialah kehendak Dr Azzam sebagai rakyat palestin, beliau bukan menginginkan tanah palestin, tatapi menginginkan haknya. Beliau mengingatkan, dahulu semua tanah islam di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniah, tapi setelah Kuffar menggunakan konsep ‘divide and conquer’, kerajaan uthmaniah dipisahkan menjadi beberapa negara supaya senang untuk takluk. Semuanya telah dirancang dengan teliti sejak dahulu lagi.

Sebenarnya Islam sedang diserang bukan hanya negara palestin.

Diingatkan juga dengan sejarah PLO dan Fattah yang pada mulanya di sangka ingin membebaskan palestin, maka ramai yang menyokongnya tapi akhirnya mereka menukar polisi mereka kepada yang tidak sepatutnya. Dan kini Hamas menjadi harapan bagi rakyat palestin, tetapi beliau mengingatkan juga, jika Hamas menukar polisi mereka, ia akan dianggap serupa dengan PLO dan Fattah.

Point beliau disini ialah ideologi perjuangan atau dasar perjuangan kita.

“Kita bukan berjuang untuk suatu organisasi seperti Fattah, PLO atau Hamas. Tetapi kita berjuang untuk ideologi islam itu sendiri, sesiapa yang yang memperjuangkan ideologi islam itu, kita akan sentiasa menyokongnya, tak kiralah apa nama dia” – Dr Azzam Tamimi

Conclusion. Berjuanglah untuk ideologi islam, kerana hanya ideologi islam mampu mengalahkan segala agenda thaghut yang lain, tak kiralah zionism, kapitalism, sekularism, komunism atau apa sahaja.

11/5/2009 – 7.00 pm

*di kala waktu exam nh, seronok pula review artikel lame, hehe.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...