Saturday, April 23, 2011

Terbuka dan Meluas

Bismillah

Alhamdulillah, Mesir pasca-revolusi, memang sangat2 seronok. satu fatrah yang sangat2 memberi impak kepada semangat kebangkitan, terutama kepada dunia arab dan masyarakat yang perihatin. Masyarakatnya sudah merasa sedikit nikmat kebebasan hakiki jika ingin dibandingkan dengan keadaan sebelum ini. Mereka lebih bebas memberi pendapat masing2 tanpa merasa takut seperti yang dirasai sebelum ini.

Walaupun keadaan ini sangat memberi peluang kepada semua pihak untuk melonjakkan agenda perjuangan masing, samada Liberalis, Feminis, Salafiyyun, Sufi, Ikhwan dan lain-lain ideologi, secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada sesiapa yang meminati suatu ideologi itu memperdalamkan pemahamannya secara yang lebih mendasar.

Boleh dikatakan setiap minggu ade sahaja program anjuran pihak tertentu meluaskan@memasyarakatkan ideologi yang diimani mereka. Tidak kurang juga mereka yang membantah ape yang dirasakan tidak dipersetujui. Satu medan yang terbuka saya kira bagi mereka yang berada di Mesir sekarang ini. Saya kira, sangat beruntung bagi mereka yang berada di mesir dan mengambil peluang ini.

Walaupun Mesir terkenal dengan bumi yang sentiasa bergolak, tetapi itulah sebenarnya satu percaturan untuk menghasilkan jati diri yang betul2 kental. ini bukan cakap2 biasa, tetapi kajilah sendiri sejarah peradaban manusia, Zaman Rasulullah contohnya, suasana pergolakan yang dahsyat ketika itu berjaya menghasilkan peribadi2 kental seperti Umar Al-Khattab, Abu Bakar As-Siddiq, Keluarga Yasir, Sumayyah dan lain. lihat sahaja tokoh2 zaman kemudiannya, Mahatma Ghandi, Sheikh Ahmad Yassin, Hasan Albanna, dll tokoh berwibawa. kesemuanya ada titik persamaan, iaitu duduk di dalam suasana yang bergolak.

Ok, point saya bukanlah untuk mengajak kita menggolakkan suasana yang tenang. tetapi lebih kepada mengajak kita untuk cuba sedaya upaya untuk menjauhi 'comfort zone', kerana takut2 ia hanya mambentuk peribadi yang manja dan lembut walaupun tampak gagah secara zahirnya. Itulah apa yang saya rasakan setakat ini. Muhasabah yang paling utama buat diri yang menulis ini. Moga semangat ini akan sentiasa dipandu dan dibentuk agak berjaya ke arah yang lebih mengukuhkan jati diri Insyallah.

Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang membaca. Wallahu a'lam.

Sindibad
6.07 AM - 23/4/2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...