Tuesday, March 6, 2012

Coretan di Uthmanli - 2



Setelah selesai melawat tempat2 penting Uthmanli di Bursa, kami terus menyambung perjalanan ke Wilayah Edirne. Edirne merupakan ibu kota ke-2 Uthmaniyyah selapas Bursa. Berbeza dengan Bursa, Edirne terletak di kawasan Eropah Turki dan bersebelahan dengan Greece. Kawasan Eropah Turki mempunyai suhu yang lebih sejuk daripada Istanbul.



Di sinilah Tempat Sultan Al-Fatih di dilahirkan dan dibesarkan. Sejak berumur 11 tahun lagi, ayah beliau, Sultan Murad II telah menghantar Al-Fatih untuk mempelajari ilmu-ilmu sains moden dan ilmu-ilmu syariah daripada Sheikh Semseddin. Hasilnya, setelah beliau diamanahkan oleh ayahnya kerajaan, Al-Fateh benar-benar mengimplimentasikan Syariah Islamiah dalam kerajaanya. Jika anda perasan, kebanyakan gambar aAl-Fatih pasti ada Sheikh Semsuddin disebelahnya. Itulah antara hasil tarbiyyah yang mendalam yang diterima Al-Fatih sejak dari kecil.


Edirne dijadikan ibu kota ke-2 Uthmaniyyah untuk memudahkan pemantauan ke atas Konstatinople dan menghalang segala jenis bantuan dari sampai ke Konstantinople. Di sini juga terdapat Selimiye Mosque. Antara Master Piece yang telah di buat oleh Mimar Sinan. Masjid yang mempunyai menara paling tinggi di Turki disebabkan kawasan tanah tinggi.

Bersebelahan Selimiye Mosque ini terdapat madrasah yang dilengkapi pelbagai kemudahan ketika era Sultan Salim. Dari Madrasah itu kita boleh gambarkan bagaimana ilmu pada waktu itu menjadi satu penumpuan penting bagi pemimpin2 masyarat termasuk Sultan Al-Fateh sendiri. Suatu tempat yang sangat tenang dan aman damai.



Masjid Selimiye


Madrasah sebelah Masjid Selimye


Di sinilah Kompleks Sultan Beyezid 2 yang merupakan anak kepada Sultan Al-Fatih mendirikan Hospital Wakaf. Hospital yang dibina oleh kerajaan untuk memberi khidmat rawatan tanpa bayaran kepada penduduknya. Malah di dalam hospital ini juga wujud perubatan muzik atau dikenali sebagai muzik terapi, suatu perubatan alternatif yang sehingga sekarang dipelopori oleh golongan barat di Amerika.

Muzik terapi dipercayai mempunyai kesan kepada psikologi dan fizikal seseorang dan mampu merawat beberape masalah dalam seperti tekanan perasaan, tension sakit2 badan dan lain2 lagi. Malah Kompleks ini telah dianugerahi beberape anugerah dari UNESCO disebabkan peninggalan sejarahnya yang sangat unik dan hebat.

Gambaran Doktor-Doktor yang merawat menggunakan muzik terapi


Bergambar bersama ukiran Mimar Sinan. Individu yang banyak memberi sumbangan kepada senibina Turki yang sangat unik


Malah di Edirne ini terdapat pusat pentadbiran ataupun istana pertama Uthmaniyyah yang di delar 'Old Mosque' atau Masjid Lama. DI sinilah Istana pertama Uthmaniyyah di bina dan sekaligus dijadikan Tempat tumpuan Ibadah dan tempat pengurusan ummah.

Ini di antara beberape peninggalan sejarah di Wilayah Edirne, tempat ini jarang dilawati oleh warga malaysia yang melancung ke sini, Insyallah selepas ini bg sesiapa yg ingin ke Turki bolehlah ke Edirne ini untuk lihat beberape peninggalan sejarah ummat islam yang wajar di banggakan. sekadar sedikit perkongsian di Edirne, moga kita bileh sama-sama mengambil pengajaran dan pelajaran dari Wilyah Edirne ini, Wallahua'lam.



Saturday, March 3, 2012

Coretan di Uthmanli - 1



salam 3 Mac 2012, genap 88 tahun kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah.

Alhamdullah. Pemusafiran kami (saya, Wan, Ihsan) selama 15 hari 14 malam di Turki merupakan satu pengalaman yang cukup berharga saya kira kerana Negara Turki yang merupakan bumi terakhir Khalifah Uthmaniyyah sangat wajar kita lawati untuk kita sedari akan hakikat kegemilangan kita suatu masa dahulu yang perlu di kembalikan disamping ia juga penuh dengan pelbagai pendedahan/perkongsian budaya dan cara fikir masyarakat islam di sana. Bonus tambahan bagi kami kerana pada jaulah kali ini kami berkesempatan mengikuti Ust Shaari (Pelajar Sarjana jurusan Sejarah Islam di UIA) dan keluarga dalam misi menjejaki sejarah Al-Fatih.

Perjalanan kami bermula dengan melawati Ibu Negara pertama Kerajaan Uthmaniyyah ataupun lebih dikenali sebagai Uthmanli iaitu Bursa yang berada di bahagian Asia Turki. Bursa yang merupakan ibu kota pertama Uthmaniyyah dipercayai kawasan pertama Osman Gazi memulakan pemerintahan setelah mendapat keizinan dari kerajaan Seljuk untuk memiliki pemerintahan sendiri.

Terlihat di sana pelbagai senibina2 sulung Uthmaniyyah yg tidak di temui di tempat lain seperti Ulu camii dan Yesil camii (Masjid Hijau) yg merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah. Dari dalam masjid tersebut yg mempunyai pelbagai kelengkapan pentadbiran serta bilik mesyuarat yang mampu untuk kita gambarkan bagaimana dahulunya Masjid berperanan sebagai tempat ibadah yang utama bagi umat islam yang juga merupakan pusat pentadbiran kerajaan Uthmaniyyah.

Kami berkesempatan berjumpa dengan Mustafa Abi yg merupakan guru bahasa arab di Bursa untuk mengetahui serba sedikit sejarah perkembangan kerajaan Uthmaniyyah. Bagi saya Mustafa Abi antara golongan yg wasatiyyah pegangannya bile dipersoalkan beberapa persoalan mengenai budaya masyarakat dan cara hidup masyarakat Turki di Bursa ini. Seronok bersembang dengan Mustafa Abi, pemahaman beliau tentang islam yang dipelajari di Morokko yang shahih dijadikan sebagai sandaran dalam menghadapi masalah masyarakat di Turki.

Bursa yang terletak di kawasan pergunungan memang mempunyai suhu yg sangat sejuk, malah di sinilah terletaknya Gunung Uludag. Kata orang, alang-alang menyelok pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, jadi kami mengambil kesempatan ini untuk bermain ski di Gunung Uludag. ;)



Pada waktu malamnya kami pergi ke kawasan perkampungan Sufi Derwish yang terkenal dengan tariannya. Setiap malam khamis mereka akan menjalankan tarian derwish yang terkenal secara percuma di kampung mereka itu. Walaupun isu tarian ini mempunyai khilaf padanya tapi seni yang dipamerkan oleh mereka ketika menyanyikan lagu yang sangat merdu itu memang menakjubkan. Alunan musik yang dimainkan memang mampu mempesonakan jika dihayati dengan baik. Adat dan budaya masyarakat Turki memang sangat mendalam seni mereka.

Ini antara aktiviti di Bursa, bagi pengalaman di Edirne dan Istanbul insyallah akan disusuli kemudian. hehe... ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...