Friday, December 23, 2011

Kita dan Ilmu




Bismillah.

Hidup adalah suatu perjalanan yang memerlukan ketajaman bacaan. Bacaan kepada segala yang berlaku mengikut jangkauan kita. Ketajaman cara pandang akan memberi kita banyak pencerahan terhadap konsep kehidupan secara menyeluruh. Konsep yang sangat indah dan penuh hikmah.

Sorotan sejarah menunujukkan golongan ulama terdahulu sangat kritis dalam pencarian ilmu, yang mana mereka akan cuba memperkembangkan ilmunya dengan cara yang sangat kritis di antara satu sama lain. Setiap detik mereka digunakan dengan penuh teliti dan bersungguh. Sebab itu akhirnya mampu melahirkan sosok tubuh yang penuh wibawa dan menghairankan. Lihat sahaja kajian ilmu Al-Jazari, Ibn Hitham, Al-Khawarizmi dan lain-lain.

Mereka mampu menjadi Faqeh dalam erti kata yang lebih luas. Menguasai ulum syarak tetapi pada waktu yang sama mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dalam konteks cara mengendalikan kehidupan seperti kemudahan-kemudahan teknikal dalam perubatan, alat-alat yang memudahkan tugasan seharian dan bermacam-macam lagi.

Sudah terbukti, zaman Medieval Age adalah zaman kegemilangan ummat islam, ketika itu ummat islam menjadi peneraju dunia (2/3 dunia) tanpa dikesampingkan perkembangan ilmu. Para cendekiawan islam menjadi perintis kepada perkembangan-perkembangan sains dan teknoloogi dunia. Mereka memahami maqasid syarak iaitu memudahkan urusan manusia dan memberikan keadilan hakiki terhadap kehidupan manusia.


Jadi kita sebagai golongan moden perlu sedar sejarah kita, kita perlu kritis terhadap proses perkembangan tamadun dunia yang sangat gemilang itu. Ianya bukannya satu proses yang sekejap dan mudah, tetapi suatu proses yang menggunakan segala potensi manusia untuk dikembangkan. Segala potensi manusia difahami oleh syariah dan digunakan seoptima mungkin.

Walau seteruk mane pun kondisi kita sekarang, kita kene tetap izzah(bangga) dengan syariah itu sendiri, kerana ia memahami tahap minima dan maksima potensi manusia. Janganlah menjadikan alasan sebagai sandaran untuk kita bersenang-lenang. Tetapi jadikanlah kefahaman sebagai sandaran untuk kita terus mengembangkan potensi manusia itu sendiri.

Kerana ilmu itu akan sentiasa berkembang, tetapi perkembangan ilmu dalam diri manusia itu berbeza antara seorang dengan yang lain. Semuanya bergantung terhadap kemahuan mereka terhadap ilmu dan cara mereka membahagikan masa seharian. Usah kita sempitkan pengertian ilmu, kerana ilmu itu adalah satu tetapi manusia sendiri yang mengasingkannya(sekular).

Sepertinya yang telah saya sebutkan di awal tadi, kehidupan ini memerlukan satu bacaan yang tajam dan kritis. Kerana ianya penuh dengan hikmah dan pengajaran. Kritis dalam menghukum juga adalah satu ilmu, seperti satu pepatah Don't Judge a Book by It's Cover.

Insyallah sama-sama kita menggunakan segala potensi yang ada untuk mencipta sebuah lagi tamadun islam lebih gemilang dari sebelumnya dan sesuai dengan keperluan ummah sedunia. Wallahua'lam.

Thursday, July 14, 2011

Jurnal Pasca-22


Bismillah

Hari ini, 14/7/2011 selesai sudah exam tahun kedua di universiti, genap 22 tahun 6 hari perjalananku di atas muka bumi ini serta berlalunya bermacam-macam insiden dan situasi yang berlaku secara sedar ataupun secara tidak sedar. Yang mana telah menatijahkan bentuk pemikiran yang bermain di akal ini. Terasa benar untuk menulis jurnal bebas untuk mengeluarkan beberapa idea, perasaan yg sering bermain di dalam benak hati ini. Secara tidak langsung, merupakan azam baru untuk fatrah umur yang baru. :D

Pertama sekali berkenaan dengan cara fikir. Ianya terbentuk melalui pengetahuan dan pengalaman yang telah kita lalui disamping keimanan kita kepada sesuatu aliran pemikiran yang mengikut jangkaan kita adalah terbaik untuk kita dan mereka. Tidak kira, komunis, kapitalis, liberalis, dan islamis sendiri semuanya memperkatakan tentang kelebihan tentang aliran mereka dan sumbangan yang mampu mereka berikan kepada dunia. (walaupun pada hakikatnya islam adalah satu2nya yang berhak)

Jika seseorang itu sejak kecil bermain dengan dengan corak pemikiran liberal atau sekular sehingga mencapai tempoh matang, tidak mustahil itulah pada perkiraannya adalah corak pemikiran yang terbaik dan terulang untuk disebarkan. Melainkan jika dia betul2 kagum dengan aliran pemikiran yang lain setelah ikhlas mencari yang terbaik. diingatkan, setelah ikhlas. Maksud saya Secara Umum. Kerana urusan ikhlas itu adalah urusan Yang Maha Esa.

Begitu juga dengan islam, bagi saya itulah satu2nya ideologi yang terbaik@terulung dan satu kerugian dan kemudharatan bakal berlaku jika kita tidak beriman dengannya atau malas untuk menyebarkannya. Bukan kerana islam sahaja yang pernah bermain di fikiran saya, tetapi bagi saya inilah antara rahmat dan nikmat Allah yang paling saya hargai. Dan kita boleh menilai tahap keimanan kita dengan keyakinan kita dengan islam. kita menilai diri kita, bukan orang lain.



Dan pendedahan kepada kita dengan cara pendekatan yang sebaiknya digunakan di dalam islam juga sangat memberi kesan kepada corak pemikiran kita sendiri. Jadi, kita perlu faham hakikat ini supaya akhirnya kita akan berjaya untuk berlapang dada dengan segala khilaf yang berlaku selagi mana ia tidak bertentangan dengan perkara thawbit(tetap) di dalam islam. Berittifaq pada perkara yang kita boleh ittifaqkan dan berlapang dada pada perkara yang kita khilafkan.

Tetapi ingin saya ketengahkan pada tulisan ini berkenaan dengan kaitan latar belakang seseorang dengan corak pemikiran dan tingkah laku yang dilazimi. Setiap seorang dari kita mengetahui tentang latar belakangnya lebih daripada orang lain. kenape? kerana kitalah yang paling lama hidup bersama dengan akal, jasad dan roh kit sendiri. jadi kitalah yang paling arif tentang potensi, kelebihan, kelemahan dan segala-galanya tentang diri kita sendiri. Jadi kita sendiri mengetahui kenapa kita berpemikiran sebegini sekarang.

Dan, secara tidak langsung, jika kurangnya pendedahan majoriti masyarakat berkenaan dengan islam dan kehebatannya, yang menatijahkan kurangnya keyakinan pada sistem islam. Mungkin salah satu puncanya adalah kerana lemahnya arus islam yang mepengaruhi dan berkumandang di telinga2 mereka ini. jikapun berkumandang mungkin suaranya tidak cukup kuat dari sudut hujah dan kelemahan kita dalam menyatakan sifat islam itu sendiri yang muruunah. Ini sangat2 perlu untuk kita Muhasabahkan.

Dan apa itu islam? bagi saya secara mudahnya, saya mengambil erti pemahaman islam itu dari hasil kajian As-Syahid Hasan AL-Banna yang sangat saya kagumi. Di dalam usul-20 yang telah beliau gariskan. usul yang pertama:

Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Insyallah, setakat ini dahulu coretan2 yang ingin saya coretkan di blog ini. semoga bermanfaat. Wallahua'lam.

*tulisan kali ini agak tidak tersusun kerana ingin saya memanaskan kembali mood penulisan saya. maaflah kalau tidak berapa faham idea penulisan ini ye :P

*maaf juga kerana tulisan kali ini hanya sarat dengan hujah akal semata-mata. akan memperbaiki dari semasa ke semasa.

Sunday, June 12, 2011

Ilmu Mengurus

Mencuba tulisan genre akademik~

Dalam tradisi keilmuan islam, wujud dua bentuk ilmu yang sangat diutamakan dan berjaya menghasilkan kegemilangan tamadun. Iaitu ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem. Seperti manusia, Allah menciptakannya bersama-sama dengan pancaindera, sekaligus kita mempunyai nafsu, hati dan rasa. Untuk menguruskannya tidaklah mudah, memerlukan kepada ilmu mengurus diri yang unik yang mampu membentuk sikap, tabiat, cara berfikir dan juga tingkah laku. Ilmu mengurus diri sangat mengaitkan kita dengan Allah S.W.T dan kita dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Begitu juga dengan segala rahmat Allah yang melimpah ruah untuk manfaat makhluk. seperti air, tanah,minyak, gas, uranium, emas, berlian dan lain-lain. Semua itu adalah amanah Allah S.W.T. kepada kita, manusia. Oleh itu, manusia memerlukan suatu ilmu untuk menguruskan rahmat Allah ini dengan amanah dan bermanfaat kepada manusia lain. Di sinilah pentingnya ilmu mengurus sistem seperti sains, teknologi, ekonomi, perakaunan, astronomi dan lain-lain. Tanpanya kita akan ketinggalan dari merasai segala rahmat Allah di muka bumi.

HASIL INTEGRASI

Bukti sejarah menunjukkan bagaimana umat islam terdahulu mampu memberi keutamaan kepada ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem dalam membangun tamadun contoh.

Ilmuwan seperti Ibn Sina dan Al-Khawarizmi umpamanya hafaz al-quran sewaktu umur tujuh dan sepuluh tahun. Kemudian mendalami ilmu tafsir, feqah dan bahasa-bahasa utama dunia. Ilmu mengurus diri dijadikan prasyarat berilmu di kalangan mereka. Selepas itu mereka belajar ilmu logik, falsafah, astrofizik sains, perubatan dan lain-lain untuk memiliki kepakaran dalam ilmu mengurus sistem.


Hal yang sama juga dilakukan oleh Al-Battani, Ibn Haitam, Al-Biruni dan ramai lagi. Ibn Nafis umpamanya, seorang yang pakar dalam bidang lughah dan syariah, juga pada masa yang sama pakar dan tersohor dalam ilmu darah (blood circulation).

Mereka menekuni pada awalnya ilmu mengurus diri supaya mereka mampu menghubungkan diri dengan Allah S.W.T. Mendalami Al-Quran untuk mendapat sumber petunjuk. Tanpa asas yang kukuh ini mana mungkin manusia dapat mengurus sistem dengan baik kerana pengurusan sistem tentunya memerlukan prinsip yang jelas, pedoman yang terbaik, iman yang kental, amanah yang tinggi dan keadilan yang terlihat samada dalam percakapan atau amalan.


"Hasil Tulisan Ibn Sina dalam Kitab Al-Qanun fi al-Tibb."

Integrasi Ilmu mengurus diri dan sistem terbukti memberikan asas bagaimana perubahan yang sifatnya holistik boleh berjalan dengan baik. Inilah akhirnya yang menghasilkan tamadun besar yang mewujudkan Baitul Hikmah dan Andalusia yang bertahan selama 700 tahun dan menjadi rujukan orang-orang Barat dan Timur.

Terkandung di dalamnya tamdun unggul dari hampir semua bidang ilmu pengetahuan baik ilmu mengurus diri seperti akidah, feqah, syariah, lughah apalagi ilmu bintang, angkasa lepas, perubatan, sains pemikiran, psikologi dan lain-lain yang termasuk dalam kategori ilmu mengurus sistem.

FAKTOR MUNDUR

Hari ini ternyata antara faktor yang menyebabkan umat islam mundur dan tidak mampu lagi menawarkan cara hidupnya sebagai sumber ikutan orang lain adalah berpunca dari wujudnya ilmu yang berpecah dua antara ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem.

Akibatnya umat islam terletak dalam dua orientasi ilmu yang tidak sekata, iaitu pendidikan pondok, pesantren dan madrasah yang menumpukan pengukuhan ilmu mengurus diri dalam skop yang tebatas. Dalam masa yang sama sebahagian umat yang lain terdedah dalam orientasi ilmu mengurus sistem yang tidak menghubngkan ilmu mengurus diri sebagai faktornya.

Dan akhirnya mewujudkan dualisme yang menampilkan konflik antara sekularisme dan agama. Faktor ini berlaku pada hampir semua dunia islam dalam konteks pendidikan khususnya yang pernah dijajah oleh kuasa Barat.

KONKLUSI

Alhamdulillah, lebih setengah abad yang lalu timbul kesedaran umat islam untuk kembali melakukan reformasi supaya faktor integrasi ini menjadi agenda penting. Ini sangat penting supaya lahir sumber tenaga manusia yang menguasai dua bidang ilmu secara integratif supaya corak kemajuan dan pembangunan berjalan atas acuan yang rabbani dan manusiawi.

Olahan Semula dari Artikel:

Prof Dr. Sidek Baba

###########

moga-moga hasil integrasi ini memberi kesan kepada dunia.

Terutama kepada Sek dibawah kelolaan MGB (Majlis Guru Besar) dan sek yang menawarkan integrasi ini.

good luck. Cerahkan masa depan.

Friday, June 10, 2011

Dasar Kita

Sejahtera,

alhamdulillah setelah menjayakan Rapat Umum di Stadium Malawati Shah Alam, Aman Palestin dengan kerjasama Pembina berjaya juga menjayakan Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis di Putra World Trade Centre (PWTC).

Program berunsur ilmiah ini sangat menarik minat belia di malaysia, lebih dari 3000 orang hadir ke konvensyen tersebut, pengisian yang penuh dengan fakta-fakta sejarah dan ‘mengejutkan’. Agak kecewa kerana tidak dapat sepenuhnya mendengar konvensyen tersebut kerana tugas yang tidak dapat dielakkan (maaf thaaqib kerana tidak boleh update pengisian selengkapnya). Tapi saya sempat curi dengar syarahan daripada Dr Azzam. Kebanyakkan idea beliau sangat mengasyikkan pendengar.Bagi mendapat laporan yang lengkap, sila lawat web pembina.com.my

~Seterusnya untuk jurnal saya~

Input-input dari Dr Azzam sangat ‘mengejutkan’, beliau menyatakan sebenarnya zionis ini adalah satu agenda atau satu ideologi oleh orang yahudi-murtad. Ahli zionis ini terdiri daripada yahudi-zionis, christian-zionis, serta tidak terkecuali muslim-zionis (beliau turut menyatakan siapa contoh muslim-zionis).

Tetapi antara semua murtaddin ini, beliau menyatakan christian-zionis adalah majoriti bagi ahli agenda ini.Iaitu majoritinya adalah pemimpin negara eropah. Amerika, Britain, dll.

Hakikatnya zionis kuat bukan kerana hebatnya yahudi mengawal kuasa dunia eropah, tetapi kerana memang tekad pemimpin eropah yang christian-zionis untuk menjayakan agenda mereka. Iaitu beragendakan untuk menyumbatkan yahudi ke palestin supaya datangnya messiah dari langit untuk menghancurkan semula yahudi tersebut dan memenangkan mereka. Jadi sebab itulah pemimpin eropah menyalurkan sumbangan semaksima mungkin kepada yahudi. ~point of view Dr Azzam~. Tekad perjuangkan agenda mereka., yang memungkinkan mereka kelihatan kuat sementara.

ini yang pertama. Seterusnya.


Kemudian point kedua yang sempat saya rakamkan ialah kehendak Dr Azzam sebagai rakyat palestin, beliau bukan menginginkan tanah palestin, tatapi menginginkan haknya. Beliau mengingatkan, dahulu semua tanah islam di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniah, tapi setelah Kuffar menggunakan konsep ‘divide and conquer’, kerajaan uthmaniah dipisahkan menjadi beberapa negara supaya senang untuk takluk. Semuanya telah dirancang dengan teliti sejak dahulu lagi.

Sebenarnya Islam sedang diserang bukan hanya negara palestin.

Diingatkan juga dengan sejarah PLO dan Fattah yang pada mulanya di sangka ingin membebaskan palestin, maka ramai yang menyokongnya tapi akhirnya mereka menukar polisi mereka kepada yang tidak sepatutnya. Dan kini Hamas menjadi harapan bagi rakyat palestin, tetapi beliau mengingatkan juga, jika Hamas menukar polisi mereka, ia akan dianggap serupa dengan PLO dan Fattah.

Point beliau disini ialah ideologi perjuangan atau dasar perjuangan kita.

“Kita bukan berjuang untuk suatu organisasi seperti Fattah, PLO atau Hamas. Tetapi kita berjuang untuk ideologi islam itu sendiri, sesiapa yang yang memperjuangkan ideologi islam itu, kita akan sentiasa menyokongnya, tak kiralah apa nama dia” – Dr Azzam Tamimi

Conclusion. Berjuanglah untuk ideologi islam, kerana hanya ideologi islam mampu mengalahkan segala agenda thaghut yang lain, tak kiralah zionism, kapitalism, sekularism, komunism atau apa sahaja.

11/5/2009 – 7.00 pm

*di kala waktu exam nh, seronok pula review artikel lame, hehe.. ;)

Sunday, May 29, 2011

Imtihan


Bismillah

Alhamdulillah, sudah sampai kepada kemuncak pembelajaran 2nd year, peperiksaan Sem akhir Universiti Al-Azhar.

Mohon didoakan agar dimurahkan rezeki dan mampu untuk memberi respon yang baik kepada semua soalan yg akan diterima nanti Insyallah.

18/6 Sabtu - Fiqh Muqaran
20/6 Isnin - Bahas Fiqh Muqaran
22/6 Rabu - Ahwal Syakhsiah
25/6 Sabtu - Hadis Ahkam
27/6 Isnin - English
29/6 Rabu - Usul Fiqh
2/7 Sabtu - Fiqh Syafie
4/7 Isnin - Bahas Fiqh Syafie
6/7 Rabu - Al-Quran

"Allahummaghfirlana Zunubna wa Israafana fi Amrina"

Tuesday, May 17, 2011

Berani Gagal


Bismillah

Rasanya pernah tak kita 'gagal' dalam hidup?

istilah yang mungkin agak menakutkan jika kita fikir secara literal. sesiape pun agak takut jika dikaitkan dengan GAGAL. Tetapi perasaan takut inilah yang menghalang atau membataskan kita untuk melakukan sesuatu dengan yakin.Ianya ibarat satu 'setting' yang membataskan kita dalam suatu tindakan. seperti ungkapan di dlm hati:-

"rasa cam salah je idea aku nh, xpelah diam lagi selamat"

"pergh, drg mantap blh la, aku nh ape ada.."


"pergh kalau salah jawapan nh cnfrm malu, depan ramai orang nh"

Serta banyak lagi ungkapan negatif yang kreatif di dlm benak hati kita (yang nh blh plk kreatif?). Cara untuk kita mengatasinya adalah dengan 'setting' option dalam 'mindset' kita bahawa tiada manusia di dunia ini yang sempurna, seperti di dalam suatu hadis:

“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.”
[HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Tetapi janganlah pula kita suka mencari kesalahan orang lain dan merendahkan semua kelebihan dan kesolehan mereka. Point saya di sini adalah untuk kita berani untuk mengeluarkan pendapat atau kritikal/kreatif dalam menyuarakan sesuatu (sbb mungkin kadang2 idea kita berlawanan dgn majoriti orang). Cuba untuk semampu mungkin jauhi dari perasaan inferiority complex atau ungkapan negatif dalam hati.

Perasaan ini perlulah diatasi secara sedar dan berperingkat, kerana boleh jadi inilah punca utama kita susah untuk lebih berkembang dan menggarap potensi diri. Mungkin kita boleh mula dengan memberi sedikit tazkirah di rumah sendiri atau di surau, untuk mula meningkatkan keyakinan diri. Kemudian diteruskan dengan bertanya soalan di forum2 atau di kuliah2 universiti. Insyallah sedikit sebanyak keyakinan kita akan bertambah dengan latihan2 sebegini.

Kerana akhir sekali ia berbalik kepada mindset kita terhadap erti kegagalan dan kejayaan itu. Jika kita berjaya mengubah paradigma pemikiran kita, insyallah proses penggarapan potensi kita semakin mudah dan kita semakin dekat dengan zaman renaissance ciptaan kita. heh.

Kalau di kaji sejarah perjalanan mereka yang menjadi 'figure' sekarang, budaya Berani Gagal sering bermain di dalam pemikiran mereka. Bukanlah bermakna mereka berani untuk seringkali gagal tetapi berani untuk menghadapai apa sahaja kemungkinan sebelum kejayaan itu di kecapi.

selingan: mencari pengalaman di medan tahrir

Para Anbia' adalah qudwah terbaik. Walaupun mereka pernah gagal di dalam dakwahnya, namun, satu yang harus dicatat dalam kegagalan mereka, iaitu mereka tidak pernah berhenti berusaha dan berputus asa. Yang mana akhirnya mereka beroleh kejayaan yang di yakini itu.

Sebagai contoh lagi, dalam satu temuduga dengan Bill Gates ‘What type of people you would like to employ?. Bill Gates jawab ‘I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don’t want him to fail in my company, so he must fail in other people’s first!. Walaupun agak sinis, tetapi isi tersiratnya itu sangat memberi kesan mendalam.

Thomas Eva Edison yang masyhur itu pun dikatakan gagal beratus-ratus kali dalam percubaannya untuk menghasilkan ‘api dalam kaca’ (mentol elektrik). Demikian juga pereka masyhur lain di Barat. Mereka sanggup melakukan beratus-ratus ujian sebelum menemui kejayaan.

Jadi, Beranikanlah diri kita untuk Gagal sebelum mengecapi Kegemilangan. ^_^

Saturday, April 23, 2011

Terbuka dan Meluas

Bismillah

Alhamdulillah, Mesir pasca-revolusi, memang sangat2 seronok. satu fatrah yang sangat2 memberi impak kepada semangat kebangkitan, terutama kepada dunia arab dan masyarakat yang perihatin. Masyarakatnya sudah merasa sedikit nikmat kebebasan hakiki jika ingin dibandingkan dengan keadaan sebelum ini. Mereka lebih bebas memberi pendapat masing2 tanpa merasa takut seperti yang dirasai sebelum ini.

Walaupun keadaan ini sangat memberi peluang kepada semua pihak untuk melonjakkan agenda perjuangan masing, samada Liberalis, Feminis, Salafiyyun, Sufi, Ikhwan dan lain-lain ideologi, secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada sesiapa yang meminati suatu ideologi itu memperdalamkan pemahamannya secara yang lebih mendasar.

Boleh dikatakan setiap minggu ade sahaja program anjuran pihak tertentu meluaskan@memasyarakatkan ideologi yang diimani mereka. Tidak kurang juga mereka yang membantah ape yang dirasakan tidak dipersetujui. Satu medan yang terbuka saya kira bagi mereka yang berada di Mesir sekarang ini. Saya kira, sangat beruntung bagi mereka yang berada di mesir dan mengambil peluang ini.

Walaupun Mesir terkenal dengan bumi yang sentiasa bergolak, tetapi itulah sebenarnya satu percaturan untuk menghasilkan jati diri yang betul2 kental. ini bukan cakap2 biasa, tetapi kajilah sendiri sejarah peradaban manusia, Zaman Rasulullah contohnya, suasana pergolakan yang dahsyat ketika itu berjaya menghasilkan peribadi2 kental seperti Umar Al-Khattab, Abu Bakar As-Siddiq, Keluarga Yasir, Sumayyah dan lain. lihat sahaja tokoh2 zaman kemudiannya, Mahatma Ghandi, Sheikh Ahmad Yassin, Hasan Albanna, dll tokoh berwibawa. kesemuanya ada titik persamaan, iaitu duduk di dalam suasana yang bergolak.

Ok, point saya bukanlah untuk mengajak kita menggolakkan suasana yang tenang. tetapi lebih kepada mengajak kita untuk cuba sedaya upaya untuk menjauhi 'comfort zone', kerana takut2 ia hanya mambentuk peribadi yang manja dan lembut walaupun tampak gagah secara zahirnya. Itulah apa yang saya rasakan setakat ini. Muhasabah yang paling utama buat diri yang menulis ini. Moga semangat ini akan sentiasa dipandu dan dibentuk agak berjaya ke arah yang lebih mengukuhkan jati diri Insyallah.

Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang membaca. Wallahu a'lam.

Sindibad
6.07 AM - 23/4/2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...