Friday, December 23, 2011

Kita dan Ilmu




Bismillah.

Hidup adalah suatu perjalanan yang memerlukan ketajaman bacaan. Bacaan kepada segala yang berlaku mengikut jangkauan kita. Ketajaman cara pandang akan memberi kita banyak pencerahan terhadap konsep kehidupan secara menyeluruh. Konsep yang sangat indah dan penuh hikmah.

Sorotan sejarah menunujukkan golongan ulama terdahulu sangat kritis dalam pencarian ilmu, yang mana mereka akan cuba memperkembangkan ilmunya dengan cara yang sangat kritis di antara satu sama lain. Setiap detik mereka digunakan dengan penuh teliti dan bersungguh. Sebab itu akhirnya mampu melahirkan sosok tubuh yang penuh wibawa dan menghairankan. Lihat sahaja kajian ilmu Al-Jazari, Ibn Hitham, Al-Khawarizmi dan lain-lain.

Mereka mampu menjadi Faqeh dalam erti kata yang lebih luas. Menguasai ulum syarak tetapi pada waktu yang sama mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dalam konteks cara mengendalikan kehidupan seperti kemudahan-kemudahan teknikal dalam perubatan, alat-alat yang memudahkan tugasan seharian dan bermacam-macam lagi.

Sudah terbukti, zaman Medieval Age adalah zaman kegemilangan ummat islam, ketika itu ummat islam menjadi peneraju dunia (2/3 dunia) tanpa dikesampingkan perkembangan ilmu. Para cendekiawan islam menjadi perintis kepada perkembangan-perkembangan sains dan teknoloogi dunia. Mereka memahami maqasid syarak iaitu memudahkan urusan manusia dan memberikan keadilan hakiki terhadap kehidupan manusia.


Jadi kita sebagai golongan moden perlu sedar sejarah kita, kita perlu kritis terhadap proses perkembangan tamadun dunia yang sangat gemilang itu. Ianya bukannya satu proses yang sekejap dan mudah, tetapi suatu proses yang menggunakan segala potensi manusia untuk dikembangkan. Segala potensi manusia difahami oleh syariah dan digunakan seoptima mungkin.

Walau seteruk mane pun kondisi kita sekarang, kita kene tetap izzah(bangga) dengan syariah itu sendiri, kerana ia memahami tahap minima dan maksima potensi manusia. Janganlah menjadikan alasan sebagai sandaran untuk kita bersenang-lenang. Tetapi jadikanlah kefahaman sebagai sandaran untuk kita terus mengembangkan potensi manusia itu sendiri.

Kerana ilmu itu akan sentiasa berkembang, tetapi perkembangan ilmu dalam diri manusia itu berbeza antara seorang dengan yang lain. Semuanya bergantung terhadap kemahuan mereka terhadap ilmu dan cara mereka membahagikan masa seharian. Usah kita sempitkan pengertian ilmu, kerana ilmu itu adalah satu tetapi manusia sendiri yang mengasingkannya(sekular).

Sepertinya yang telah saya sebutkan di awal tadi, kehidupan ini memerlukan satu bacaan yang tajam dan kritis. Kerana ianya penuh dengan hikmah dan pengajaran. Kritis dalam menghukum juga adalah satu ilmu, seperti satu pepatah Don't Judge a Book by It's Cover.

Insyallah sama-sama kita menggunakan segala potensi yang ada untuk mencipta sebuah lagi tamadun islam lebih gemilang dari sebelumnya dan sesuai dengan keperluan ummah sedunia. Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...