Thursday, July 14, 2011

Jurnal Pasca-22


Bismillah

Hari ini, 14/7/2011 selesai sudah exam tahun kedua di universiti, genap 22 tahun 6 hari perjalananku di atas muka bumi ini serta berlalunya bermacam-macam insiden dan situasi yang berlaku secara sedar ataupun secara tidak sedar. Yang mana telah menatijahkan bentuk pemikiran yang bermain di akal ini. Terasa benar untuk menulis jurnal bebas untuk mengeluarkan beberapa idea, perasaan yg sering bermain di dalam benak hati ini. Secara tidak langsung, merupakan azam baru untuk fatrah umur yang baru. :D

Pertama sekali berkenaan dengan cara fikir. Ianya terbentuk melalui pengetahuan dan pengalaman yang telah kita lalui disamping keimanan kita kepada sesuatu aliran pemikiran yang mengikut jangkaan kita adalah terbaik untuk kita dan mereka. Tidak kira, komunis, kapitalis, liberalis, dan islamis sendiri semuanya memperkatakan tentang kelebihan tentang aliran mereka dan sumbangan yang mampu mereka berikan kepada dunia. (walaupun pada hakikatnya islam adalah satu2nya yang berhak)

Jika seseorang itu sejak kecil bermain dengan dengan corak pemikiran liberal atau sekular sehingga mencapai tempoh matang, tidak mustahil itulah pada perkiraannya adalah corak pemikiran yang terbaik dan terulang untuk disebarkan. Melainkan jika dia betul2 kagum dengan aliran pemikiran yang lain setelah ikhlas mencari yang terbaik. diingatkan, setelah ikhlas. Maksud saya Secara Umum. Kerana urusan ikhlas itu adalah urusan Yang Maha Esa.

Begitu juga dengan islam, bagi saya itulah satu2nya ideologi yang terbaik@terulung dan satu kerugian dan kemudharatan bakal berlaku jika kita tidak beriman dengannya atau malas untuk menyebarkannya. Bukan kerana islam sahaja yang pernah bermain di fikiran saya, tetapi bagi saya inilah antara rahmat dan nikmat Allah yang paling saya hargai. Dan kita boleh menilai tahap keimanan kita dengan keyakinan kita dengan islam. kita menilai diri kita, bukan orang lain.



Dan pendedahan kepada kita dengan cara pendekatan yang sebaiknya digunakan di dalam islam juga sangat memberi kesan kepada corak pemikiran kita sendiri. Jadi, kita perlu faham hakikat ini supaya akhirnya kita akan berjaya untuk berlapang dada dengan segala khilaf yang berlaku selagi mana ia tidak bertentangan dengan perkara thawbit(tetap) di dalam islam. Berittifaq pada perkara yang kita boleh ittifaqkan dan berlapang dada pada perkara yang kita khilafkan.

Tetapi ingin saya ketengahkan pada tulisan ini berkenaan dengan kaitan latar belakang seseorang dengan corak pemikiran dan tingkah laku yang dilazimi. Setiap seorang dari kita mengetahui tentang latar belakangnya lebih daripada orang lain. kenape? kerana kitalah yang paling lama hidup bersama dengan akal, jasad dan roh kit sendiri. jadi kitalah yang paling arif tentang potensi, kelebihan, kelemahan dan segala-galanya tentang diri kita sendiri. Jadi kita sendiri mengetahui kenapa kita berpemikiran sebegini sekarang.

Dan, secara tidak langsung, jika kurangnya pendedahan majoriti masyarakat berkenaan dengan islam dan kehebatannya, yang menatijahkan kurangnya keyakinan pada sistem islam. Mungkin salah satu puncanya adalah kerana lemahnya arus islam yang mepengaruhi dan berkumandang di telinga2 mereka ini. jikapun berkumandang mungkin suaranya tidak cukup kuat dari sudut hujah dan kelemahan kita dalam menyatakan sifat islam itu sendiri yang muruunah. Ini sangat2 perlu untuk kita Muhasabahkan.

Dan apa itu islam? bagi saya secara mudahnya, saya mengambil erti pemahaman islam itu dari hasil kajian As-Syahid Hasan AL-Banna yang sangat saya kagumi. Di dalam usul-20 yang telah beliau gariskan. usul yang pertama:

Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Insyallah, setakat ini dahulu coretan2 yang ingin saya coretkan di blog ini. semoga bermanfaat. Wallahua'lam.

*tulisan kali ini agak tidak tersusun kerana ingin saya memanaskan kembali mood penulisan saya. maaflah kalau tidak berapa faham idea penulisan ini ye :P

*maaf juga kerana tulisan kali ini hanya sarat dengan hujah akal semata-mata. akan memperbaiki dari semasa ke semasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...