Saturday, March 3, 2012

Coretan di Uthmanli - 1



salam 3 Mac 2012, genap 88 tahun kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah.

Alhamdullah. Pemusafiran kami (saya, Wan, Ihsan) selama 15 hari 14 malam di Turki merupakan satu pengalaman yang cukup berharga saya kira kerana Negara Turki yang merupakan bumi terakhir Khalifah Uthmaniyyah sangat wajar kita lawati untuk kita sedari akan hakikat kegemilangan kita suatu masa dahulu yang perlu di kembalikan disamping ia juga penuh dengan pelbagai pendedahan/perkongsian budaya dan cara fikir masyarakat islam di sana. Bonus tambahan bagi kami kerana pada jaulah kali ini kami berkesempatan mengikuti Ust Shaari (Pelajar Sarjana jurusan Sejarah Islam di UIA) dan keluarga dalam misi menjejaki sejarah Al-Fatih.

Perjalanan kami bermula dengan melawati Ibu Negara pertama Kerajaan Uthmaniyyah ataupun lebih dikenali sebagai Uthmanli iaitu Bursa yang berada di bahagian Asia Turki. Bursa yang merupakan ibu kota pertama Uthmaniyyah dipercayai kawasan pertama Osman Gazi memulakan pemerintahan setelah mendapat keizinan dari kerajaan Seljuk untuk memiliki pemerintahan sendiri.

Terlihat di sana pelbagai senibina2 sulung Uthmaniyyah yg tidak di temui di tempat lain seperti Ulu camii dan Yesil camii (Masjid Hijau) yg merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah. Dari dalam masjid tersebut yg mempunyai pelbagai kelengkapan pentadbiran serta bilik mesyuarat yang mampu untuk kita gambarkan bagaimana dahulunya Masjid berperanan sebagai tempat ibadah yang utama bagi umat islam yang juga merupakan pusat pentadbiran kerajaan Uthmaniyyah.

Kami berkesempatan berjumpa dengan Mustafa Abi yg merupakan guru bahasa arab di Bursa untuk mengetahui serba sedikit sejarah perkembangan kerajaan Uthmaniyyah. Bagi saya Mustafa Abi antara golongan yg wasatiyyah pegangannya bile dipersoalkan beberapa persoalan mengenai budaya masyarakat dan cara hidup masyarakat Turki di Bursa ini. Seronok bersembang dengan Mustafa Abi, pemahaman beliau tentang islam yang dipelajari di Morokko yang shahih dijadikan sebagai sandaran dalam menghadapi masalah masyarakat di Turki.

Bursa yang terletak di kawasan pergunungan memang mempunyai suhu yg sangat sejuk, malah di sinilah terletaknya Gunung Uludag. Kata orang, alang-alang menyelok pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, jadi kami mengambil kesempatan ini untuk bermain ski di Gunung Uludag. ;)



Pada waktu malamnya kami pergi ke kawasan perkampungan Sufi Derwish yang terkenal dengan tariannya. Setiap malam khamis mereka akan menjalankan tarian derwish yang terkenal secara percuma di kampung mereka itu. Walaupun isu tarian ini mempunyai khilaf padanya tapi seni yang dipamerkan oleh mereka ketika menyanyikan lagu yang sangat merdu itu memang menakjubkan. Alunan musik yang dimainkan memang mampu mempesonakan jika dihayati dengan baik. Adat dan budaya masyarakat Turki memang sangat mendalam seni mereka.

Ini antara aktiviti di Bursa, bagi pengalaman di Edirne dan Istanbul insyallah akan disusuli kemudian. hehe... ^_^

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...