Wednesday, April 13, 2011

Perhambakan Ia

Bismillah.

Zahir dan batin. Dua elemen yang wujud sejak dahulu lagi.

Zahiriyah. Secara mudah ia adalah suatu perkara yang secara jelas mampu di lihat oleh pancaindera yang sempurna. Mampu untuk disentuh, dilihat atau dirasa. Agak mustahil untuk menafikannya dengan mudah. Kecuali bagi mereka yang mahir dengan ’silap mata’.

Agak berbeza dengan Batiniyah, kerana ia adalah suatu perkara yang terlindung daripada pancaindera, seperti perasaan, emosi, niat dan lain2 perkara ghaib. Maka sudah tentulah sukar untuk mengesannya dengan jelas, kecuali dengan pandangan hati yang ikhlas dan suci atau ia tanpa sengaja dizahirkan.

########

Seperti itu juga Nafsu yang pro-shahwat (nafsu amarah). kerana ia di dalam kategori Batiniyah dan halus. Yang mengalir bersama di dalam saluran darah serta jantung. Sifatnya sentiasa mengingankan keselesaan, kemewahan dan kerehatan. Dunia dan segala kenikmatannya yang menggoda adalah tujuan utama. Ialah punca kepada malas.penakut.ego.ujub.takabbur.keras hati dan segala mazmumah yang lain. Petunjuk Nafsu, asas kepada segala kelemahan dan kehancuran.

“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Yusuf, 12:53)

Mahukah anda untuk hidup bahagia dan bebas?

Bebas dari segala tarikan dan godaan yang sementara. Menikmati suatu kehidupan yang sangat bahagia. Setiap sirah Rasul dan para sahabat yang diceritakan yang menimbulkan perasaan untuk menirunya. Merasai dan semakin rindu bila ayat al-quran dibacakan. Menjadi seorang mukmin yang sejati.

Menjadi tuan kepada diri sendiri tanpa ada rasa terikat dengan Nafsu. Menjadi seorang yang pemurah.pemaaf.ringan tulang. Menjadi seorang yang sangat berfrekuensi positif dan mahmudah dan memberi kesan kepada orang lain?

Boleh dan anda mampu, tetapi semuanya bersyarat. Iaitu jika anda berjaya memperlekehkan Nafsu, perkudakan Ia.perhambakan Ia. Katakan tidak pada petunjuk Nafsu. Lawan dan sergah nafsu anda hingga ia parah. Tunjukkan kepahlawanan anda pada Nafsu. Pastikan ia menurut segala kehendak anda. Ada berani?

Satu jaminan dari Allah taala.

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya danmenahan diri dari nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya”

(An-Naziat, 79:40-41)

“Tidak beriman salah seorang antara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa“

(Hadis ke-41, Matan Arbain)

Itulah jalan kepada kebahagian. yang dilalui para sahabat dan golongan Siddiqun. Cabar diri anda, selagi tidak bermula maka anda tidak akan berganjak. Ayuh!

Perlekehkan Ia!Bismillah.

Perlekehkan Ia!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...