Sunday, April 10, 2011

Hargailah Ia


Bismillah.

Pernahkah kita bersyukur duduk dalam suasana soleh wa musleh?. Mungkin entri kali ini agak khusus bagi mereka yang pernah merasaiya. tak kira semasa di tadika atau sekolah rendah. tapi saya rasa penting untuk kita sentiasa memikirkannya. Suatu hakikat di luar, suatu yang sangat-sangat jauh dari yang mampu kita bayangkan. Bagi mereka yang pernah duduk dalam suasana tarbiyah.



Semasa di dalam tarbiyah persekolahan dahulu, bermula dari sekecil tadika hingga setinggi sekolah menengah, kita diinput dengan perkara-perkara yang baik. dididik untuk menjauhi perkara yang teruk. diasuh untuk istiqamah mengamalkan islam. digelombangkan dengan gelombang kebaikan. seolah-olah kita berfrekuensikan positif. hingga kita rasa selesa dengannya. dan rasa seolah-olah boleh kekal dengannya.




Tapi mengapa? setelah kita berhadapan dengan praktikalnya. berhadapan dengan hakikatnya. kita kecundang. kita mengikut. kita ‘menikmati’. kita lupa segala yang pernah dipelajari di sekolah dahulu. lagi sedih bile kita rasa ketinggalan bile dikenangkan zaman sekolah dahulu.


Atau mungkin di sekolah dahulu hanya sekadar satu ilusi semata-mata? satu gambaran yang sangat ideal? satu ajaran dan pelajaran yang tidak praktikal? satu cabaran yang besar.



hhmm… bagi mereka yang masih yakin dengan ajaran sekolah dulu. mereka yang bersyukur mendapat mak ayah hasil dari ‘baitulmuslim’. mereka yang selesa dengan kehidupan keluarga yang serba mewah. mereka yang seronok dengan kehidpan sesame mereka. mereka yang merasa seakan-akan sudah sempurna tanggungjawab.



koreksilah, kerana masih ramai lagi yang kurang bernasib baik seperti anda. masih ramai lagi yang hilang pedoman untuk hidup. masih ramai yang keliru identiti. masih ramai yang tersalah faham dengan keindahan islam.



Rasanya siapakah yang bertanggungjawab beri mereka peluang merasai’nya’? jika dulu guru-guru kita yang mentarbiyah kita. tapi adakah mereka juga yang mesti memberi kepada yang di luar sana? adakah kita hanya mengharapkan asatizah untuk mentarbiyah? jika begitu, tugas pentarbiyahan ini hanya releven untuk golongan agamawan? apakah harapan terhadap mereka yang telah merasai tarbiyah?



sahabat-sahabat alumni tarbiyah sekolah sekalian, sesungguhnya generasi awal pasti akan pergi. pergi untuk mendapat habuan mereka. namun adakah nikmat tarbiyah ini akan pergi bersama mereka?adakah ianya akan tamat dengan pemergian mereka? tidak sekali-kali. yakinlah dengan firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman,
barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan
mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu’min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”

(Al-Maidah : 54)




Saya bukan bermaksudkan kita sudah murtad. tetapi ayat ini membuktikan bahawa cahaya Allah tidak akan sekali-kali malap. tetapi Allah akan memilih dari hambanya yang MAHU. sahabat sekalian, jika bukan kita yang berebut peluang ini. maka mereka yang lain akan mendapatnya. mahukan kita memperjudikan peluang hidayah ini? mahukah kita mensia-siakan pengalaman ditarbiyah kita? terpulanglah pada masing-masing.


“Tugas tarbiyah itu bukan hanya untuk golongan agamawan”

.Ijls Bina Nu’min Saah.Entri ini khusus untuk ingatan aku.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...