Wednesday, April 13, 2011

Himmah merentasi Sistem



Dengan Nama-mu Allah, Yang Maha Bijaksana lagi Maha Hebat.



Hidup mestilah berjalan seiring dengan pengembangan diri, kerana hidup ini hanya sekali dan tiada cubaan yang kedua. Suatu sistem/modul yang hebat akan sentiasa mendapat perhatian dunia untuk digunakan kerana hasilnya yang menakjubkan terhadap pengembangan diri manusia. Kerana ia memudahkan sesuatu maklumat itu untuk disalurkan, dan ia memudahkan bagi seseorang manusia itu ditingkatkan. Dan itulah yang dimaksudkan dengan sistem yang unggul.


Namun tanpa memahami suatu sistem itu dengan sebaiknya, tidak mustahil manusia akan jadi ibarat robot. Mengikut bila diarahkan, mendiamkan diri jika tiada arahan.




Tetapi wujudnya satu lagi unsur yang lebih kuat kesannya. Yang hebatnya merentasi sistem. Kerana kewujudannya akan melangkaui segala kehebatan sistem yang ada. Itulah dia Himmah ‘Aliyah (kesungguhan yang tinggi). Kerana dgnnya seseorang itu akan sukar untuk luntur semangatnya, sanggup berkorban untuk mendapatkan tujuannya, tidak mudah untuk bergantung kepada orang lain, pantang menyerah sebelum mndapat hasilnya.


Suatu unsur yang sangat tinggi nilainya. kerana ia mampu menggerakkan kita tanpa kehadiran sistem, mampu mengembangkan kita dengan kuasanya tersendiri. Alangkah kuatnya seseorang itu dengan unsur ini. Kesungguhan/Keinginan yang menggunung. Kurniakanlah. Ameen.

semakin tinggi himmah kita, semakin tinggi ‘capaian’ hidup kita


“Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat; dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.”

(Q.S. Al-’Isra : 19)




Seperti generasi Salaf. Melalui kata-kata Imam Ibnu Jauzi:

“Aku berlindung dari berteman dengan perjalanan hidup orang-orang yang kita tidak dapat mencontohi cita-cita tinggi mereka buat generasi selanjutnya, dan bukan juga sang warak yang tidak dapat diambil manfaat sifat zuhudnya, hendaklah kamu memerhatikan perjalanan hidup mereka yang mempunyai cita-cita besar dan tinggi, mengkaji penulisan dan karya mereka, berusaha meningkat dan memperbanyakkan membaca buku-buku mereka…”



“Desire is the starting point of all achievement, not a hope, not a wish, but a keen pulsating desire which transcends everything”

“when your desire are strong enough, you will appear to possess superhuman power to achieve.”

-Napoleon Hill-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...